Empat anggota tentera antara yang terbunuh dalam nahas ngeri di Kuantan - Utusan Malaysia

Empat anggota tentera antara yang terbunuh dalam nahas ngeri di Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 3 September 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan enam orang terbunuh di tempat kejadian termasuk empat orang anggota tentera dalam satu kemalangan ngeri melibatkan kebakaran dan letupan di Kampung Balok, Jalan Kuantan-Kemaman.

Keempat-empat anggota tentera rentung di dalam trak yang hanya tinggal rangka setelah meletup dan terbakar, manakala dua orang awam terbunuh di dalam kereta jenis Mercedes Benz.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 3 September 1973 – Dua orang anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Datuk Muhamad Nizam Tun Abdul Razak secara sukarela menjadi pelayan di Restoran Rakyat Kuala Lumpur yang baru memulakan perniagaannya hari ini.
  • 3 September 1974 – Satu pertelingkahan telah berlaku antara pelajar Islam Politeknik Ungku Omar dengan Jabatan Agama Islam Perak mengenai kebenaran mendirikan solat Jumaat di perkarangan institusi berkenaan.
  • 3 September 1979 – Datuk Lee Kim Sai hari ini mendapat kemenangan percuma bagi jawatan Ketua Pemuda MCA setelah pencabarnya, Chia Joo Kiang menarik diri daripada pertandingan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN