Anak-anak Haji Sidek pertahan juara badminton - Utusan Malaysia

Anak-anak Haji Sidek pertahan juara badminton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 September 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pemain-pemain dari keluarga Haji Sidek sekali lagi menguasai acara perseorangan dan beregu lelaki di Kejohanan Badminton Malaysia tertutup yang berakhir di Dewan Dato’ Syed Omar, Alor Setar, Kedah.

Anak sulung dalam keluarga Haji Sidek, Misbun mempertahankan kejuaraan perseorangan buat kali keempat berturut-turut dengan menumpaskan adiknya, Razif 15-6 dan 15-8 dalam masa 21 minit.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 8 September 1982 – Sebuah kerusi pengajian tinggi yang mengambil nama Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman akan ditubuhkan di salah sebuah universiti tempatan dalam bidang politik dan dasar awam.
  • 8 September 1983 – Sepasukan anggota tentera dihantar ke Gugusan Terumbu Layang-Layang, 64 kilometer ke tenggara Pulau Kecil Amboyna di Laut China Selatan bagi mengawasi wilayah kepunyaan negara.
  • 8 September 1984 – Penyanyi pop terkenal dunia, Michael Jackson menafikan laporan-laporan akhbar yang menyatakan beliau menggunakan hormon supaya suaranya terus menjadi halus.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN