Pada 12 Ogos 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Ketua Hakim Negara, Raja Tun Azlan Shah telah dilantik sebagai Raja Muda Perak berkuatkuasa mulai 1 Julai lalu.
Perlantikan itu diputuskan dalam mesyuarat Dewan Negara Perak ke-104 yang dipengerusikan oleh Sultan Perak di Istana Iskandariah semalam, demikian pengumuman yang disampaikan oleh Setiausaha Dewan Negara, Datuk Amar Seri Diraja Ayob Hashim hari ini.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 12 Ogos 1982 – Kerajaan Australia sedang mengkaji semula rancangan untuk menarik keluar Skuadron Kedua Mirage, Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) yang berpangkalan di Butterworth.
- 12 Ogos 1984 – Bintang filem Noreen Noor telah selamat diijabkabulkan dengan seorang kerabat diraja Pahang, Tengku Kamaruzaman Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.
- 12 Ogos 1985 – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan merasmikan pembukaan Lapangan Terbang Kertih yang menelan kos sebanyak RM65 juta pada 15 Ogos ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]