Empat pemimpin PAS terbunuh dalam kemalangan di Bagan Serai - Utusan Malaysia

Empat pemimpin PAS terbunuh dalam kemalangan di Bagan Serai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 5 Ogos 1984, Utusan Malaysia melaporkan empat pemimpin Pas Perak terbunuh dalam satu kemalangan ngeri di Batu 69 3/4 Jalan Ipoh-Butterworth berdekatan Bagan Serai, Perak.

Kereta Datsun yang dinaiki mereka telah bertembung dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan pulang dari ijtimak Pas di Jitra, Kedah. Mereka yang terkorban ialah Mamat Alias, 38, Mohd. Yunus Arshad, 34, Zainal Abdul Karim, 39 dan Ishak Daud, 40.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 5 Ogos 1982 – Sabah Bank yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu bakal membuka cawangan terbaharunya di Kuala Lumpur tidak lama lagi.
  • 5 Ogos 1984 – UKM akan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang kepada bekas Menteri Luar, Tun Ghazali Shafie, 62, pada
    19 Ogos ini.
  • 5 Ogos 1985 – Pemimpin DAP, Chew Seng Poh membuat laporan polis supaya diambil tindakan terhadap Tun Dr. Mahathir kerana memandu kereta Proton Saga menyeberangi jambatan Pulau Pinang tanpa cukai jalan dan insurans.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN