Pada 6 Ogos 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan dua orang murid sekolah rendah telah diculik oleh seorang lelaki, dan seterusnya diseksa, disuruh mencuri serta meminta sedekah di beberapa tempat di Johor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
Kedua-dua orang murid berkenaan ialah Mohamad Zaini Mohamad, 10 tahun, murid darjah tiga Sekolah Kebangsaan Pontian dan Bazayanu Yusof, 12, dari Mersing. Mereka berdua dikatakan telah dipukau dan menurut sahaja arahan oleh seorang lelaki yang menculiknya yang dipercayai seorang bomoh.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 6 Ogos 1983 – Tokoh sasterawan negara Datuk Usman Awang atau ‘Tongkat Warrant‘ akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Malaya.
- 6 Ogos 1984 – Seramai 500 orang pekerja sambilan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) berpiket di hadapan bangunan LPK mendesak majikan supaya mengambil mereka sebagai pekerja tetap.
- 6 Ogos 1986 – Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. Lim Chong Eu mengarahkan sebuah kelas bahasa Melayu diadakan khas untuk wakil-wakil rakyat Gerakan di negeri berkenaan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]