Pada 3 Julai 1983, Utusan Malaysia melaporkan tiga orang terbunuh, manakala 27 lagi cedera termasuk 15 orang parah apabila dua buah bas ekspres daripada syarikat yang sama bertembung di satu selekoh maut di kilometer 34, Jalan Tampin-Seremban, berhampiran Pekan Kota, Negeri Sembilan.
Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Shamsuddin Yaakob, 34 tahun, pemandu bas dari Jelebu, Razali Saleh, 23 tahun, penuntut UPM dan seorang lagi yang juga pemandu bas, Mohamad Razim Hashim, 26 tahun yang dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Tampin.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 3 Julai 1984 – Persatuan kontraktor-kontraktor negara-negara ASEAN bakal menubuhkan Persekutuan Persatuan-Persatuan Pemborong Binaan ASEAN tidak lama lagi.
- 3 Julai 1985 – Tokoh veteran yang juga Menteri Luar Soviet, Andrei Gromyko, 75 tahun dipilih sebagai Presiden baru Soviet Union atas cadangan pemimpin parti komunis, Mikhail Gorbachev.
- 3 Julai 1986 – Pegawai penyiasat telah menemui 3,000 pasang kasut milik isteri bekas Presiden Filipina, Imelda Marcos di Istana Malacanang.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]