Langkawi akan setanding dengan Florida - Utusan Malaysia

Langkawi akan setanding dengan Florida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 16 Julai 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan Negeri Kedah akan menjadikan Pulau Langkawi sebagai sebuah pusat pelancongan yang mempunyai adunan keindahan setanding dengan apa yang terdapat di pusat pelancongan terkemuka dunia seperti di Reveira, Hawaii, Florida dan Venice.

Menteri Besar, Datuk Seri Syed Nahar Shahabuddin ketika mengumumkannya memaklumkan, projek pelancongan bertaraf antarabangsa tersebut merupakan salah satu daripada dua projek raksasa yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 16 Julai 1980 – Dr. Othman Ishak, pensyarah di Jabatan Pengajian Islam UM menjadi orang pertama menerima Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam ‘Perundangan Islam’ yang dianugerahkan oleh universiti berkenaan.
  • 16 Julai 1982 – Universiti Kebangsaan Malaysia berjaya menghasilkan teknologi pemisahan membran bagi mengasingkan protein cecair daripada buangan kilang-kilang kelapa sawit.
  • 16 Julai 1983 – Wabak taun semakin merebak di Terengganu dan sebanyak tiga kes baru dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN