Pada 15 Julai 1986, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan golongan-golongan tertentu bahawa bahasa Melayu yang dijadikan bahasa rasmi negara tidak akan menukar kaum lain menjadi orang Melayu.
Katanya lagi, penerimaan dan pengamalan bahasa kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu oleh kaum-kaum di negara ini tidak akan menukarkan bangsa kaum itu. Mereka akan terus dibenarkan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 15 Julai 1982 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyampaikan sumbangan pendahuluan berjumlah RM50,000 hasil kutipan derma kepada Pertubuhan Pembebasan Palestine (PLO).
- 15 Julai 1983 – Jabatan Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Kelantan menyiasat sejenis penyakit menyerang wanita ‘super VD’ yang semakin menular di negeri berkenaan.
- 15 Julai 1984 – Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London menghantar surat bantahan kepada pengarang Sunday Times kerana menyiarkan rencana yang menghina Malaysia.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]