Pada 24 Julai 1987, Utusan Malaysia melaporkan seramai 24 orang dipercayai mati lemas dan 13 lagi terselamat apabila sebuah bot yang membawa warga Indonesia terbalik setelah dilanda gelombang besar kira-kira satu kilometer dari Tanjung Setapa, Pengerang, Johor.
Kejadian itu berlaku sekitar pukul 8 malam di perairan antarabangsa antara Malaysia dan Singapura selepas bot yang mereka naiki berlepas dari Pulau Batam, Indonesia pada pukul 5 petang.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 24 Julai 1985 – Rakyat di Negeri Perlis menyambut baik rancangan kerajaan untuk membina tembok keselamatan sepanjang 25 kilometer di sempadan Malaysia-Thailand.
- 24 Julai 1986 – Bekas ketua pasukan bola sepak kebangsaan, Datuk Soh Chin Aun yang lebih dikenali dengan jolokan ‘tauke’ dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Melaka.
- 24 Julai 1987 – Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas diberi penghormatan untuk menerima ‘fellowship’ University College of Wales.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]