Getah Kelantan diseludup ke Thailand - Utusan Malaysia

Getah Kelantan diseludup ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 23 Jun 1971, Utusan Malaysia melaporkan kerajaan perlu menyelamatkan hampir 800 pekerja di lima buah kilang memproses getah di Kelantan yang berkemungkinan akan kehilangan pekerjaan akibat kemerosotan penjualan getah.

Kemerosotan itu dikatakan berpunca daripada sebahagian besar hasil getah para pekebun kecil di Kelantan telah diseludup keluar ke Negara Thailand oleh pembeli getah tidak berlesen.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 23 Jun 1971 – Sebuah pesawat TUDM nyaris terhempas setelah merempuh kabel elektrik di kawasan Kampung Lundang, Machang, Kelantan.
  • 23 Jun 1977 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencatat sejarah apabila jemaah pengurusan mengadakan mesyuarat buat pertama kalinya di kampus baharu universiti itu di Bangi.
  • 23 Jun 1979 – Anak perempuan Pak Sako, Jamilah Ishak menjadi penulis wanita tunggal daripada lapan orang penulis yang diterima masuk ke USM bagi menjalani kursus kreatif sesi 1979/1980.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN