Pada 15 Mei 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang gadis berumur 15 tahun mati terbakar bersama-sama dua yang lain di dalam sebuah kereta setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Batu 6, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur.
Gadis malang tersebut ialah, Chow Siew Moy, manakala dua lagi ialah Gan Cheng Lai, 25 tahun dan pemandu kereta, Tan Yew Toh, 26 tahun. Ketiga tiga mayat yang rentung ditemui merengkok dan bertindih antara satu sama lain dalam kenderaan jenis Datsun itu.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 15 Mei 1972 – Sultan Terengganu hari ini merasmikan pembukaan ibu sawat telefon automatik yang berharga RM700,000 yang di bina di Kuala Terengganu.
- 15 Mei 1974 – Bank Pembangunan Islam bakal menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu umat Islam disamping memberi pinjaman dan pertolongan teknikal kepada negara-negara anggota yang memerlukan.
- 15 Mei 1975 – Seorang remaja perempuan berumur 14 tahun menjadi mangsa pertama demam denggi di kawasan Petaling Jaya dan telah meninggal dunia pada 2 Mei lalu.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]