Kanun Tanah Negara akan dipinda - Utusan Malaysia

Kanun Tanah Negara akan dipinda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 29 April 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Kanun Tanah Negara akan dipinda bagi menyekat syarikat-syarikat dan warganegara asing memiliki tanah di negara ini.

Menteri Tanah dan Galian dan Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohamed Asri Muda menegaskan, pindaan itu akan mewujudkan beberapa pengecualian tertentu untuk menjamin pelabur dari luar negara berjalan lancar.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 29 April 1977 – DBKL merancang untuk menyediakan tempat penginapan bagi gadis-gadis yang bekerja di Bandaraya Kuala Lumpur bermula tahun ini.
  • 29 April 1978 – Thailand telah bersetuju untuk menjual sebanyak 100,000 tan beras kepada Malaysia bagi menolong mengatasi kekurangan beras akibat kemarau panjang di Kedah dan Perlis.
  • 29 April 1980 – Kerajaan Negeri Pahang telah memperkenalkan satu sistem baru yang digelar ‘lesen ladang hutan‘ bagi menyelenggara hutan simpan kekal bagi menjamin keutuhan industri kayu di negeri ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN