PERNAS ambil alih Malayawata - Utusan Malaysia

PERNAS ambil alih Malayawata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 10 Jun 1975, Utusan Malaysia melaporkan PERNAS menjadi pemegang saham terbesar Syarikat Besiwaja Malayawata apabila 4,200,000 saham syarikat tersebut diambil alih oleh Kejuruteraan PERNAS Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik PERNAS.

PERNAS sebelum ini memiliki 3,110,000 saham syarikat berkenaan yang dahulunya dipegang oleh sebuah badan kewangan Bank Dunia dan sebuah syarikat pelaburan dari Amerika Syarikat.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 10 Jun 1975Sijil-sijil persekolahan beberapa buah sekolah menengah agama di negara ini telah diiktiraf oleh Universiti Al-Azhar, Mesir.
  • 10 Jun 1976Satu pasukan penyiasat seramai empat orang dari Australia tiba di Kota Kinabalu untuk membantu pihak berkuasa Malaysia menyiasat nahas pesawat Nomad yang telah mengorbankan Tun Mohd. Fuad Stephens.
  • 10 Jun 1977Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menubuhkan Unit Saudara Baru yang bertujuan untuk membantu berkaitan hal-hal agama dan kebajikan mereka yang baru memeluk agama Islam.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya