Skim pampasan mangsa kemalangan bakal diwujudkan - Utusan Malaysia

Skim pampasan mangsa kemalangan bakal diwujudkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 9 Mei 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kerajaan mungkin mewujudkan satu skim pembayaran pampasan kepada mangsa-mangsa kemalangan jalan raya di negara ini, kata Timbalan Menteri Undang-Undang, Tan Sri Rais Yatim.

Skim tersebut akan diuruskan oleh satu badan yang dibentuk dan dianggotai oleh pegawai-pegawai dari beberapa buah kementerian dan jabatan termasuk Kementerian Undang-Undang, Kewangan, Perhubungan dan Jabatan Pemegang Amanah.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 9 Mei 1971 – Pengarah Rancangan Radio dan Televisyen Malaysia, Mustaza Zaaba mengumumkan bahawa, bermula tahun hadapan Pertandingan Bintang RTM tidak hanya terbatas kepada penyanyi Melayu sahaja, tetapi meliputi semua kaum.
  • 9 Mei 1972 – Menteri Perhubungan, Tan Sri Sardon Jubir mengumumkan bahawa satu undang-undang supaya semua penunggang motosikal memakai topi keledar akan di bawa ke dalam persidangan Dewan Rakyat.
  • 9 Mei 1974 – Kementerian Penerangan Indonesia telah mengarahkan supaya penggambaran filemAtheist‘ dihentikan kerana mendapati filem berkenaan boleh merosakkan kestabilan negara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya