Botak Chin alami 10 luka akibat tembakan - Utusan Malaysia

Botak Chin alami 10 luka akibat tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 16 Mei 1980, Utusan Malaysia melaporkan Mahkamah Tinggi diberitahu, penjenayah Botak Chin mengalami empat luka tembakan di bahagian hadapan dan tiga luka tembakan di bahagian belakang paha kirinya termasuk luka tembakan yang tembus.

Botak Chin turut mengalami satu luka tembakan yang tembus di bahagian atas bahu kanannya, satu luka tembakan di ketiak kanan dan satu luka tembakan yang juga tembus di lengan kirinya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 16 Mei 1978Sultan Pahang dipilih semula sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang (Pahang FA) sebulat suara untuk tahun ke-22 berturut-turut.
  • 16 Mei 1979Menteri Besar Pahang, Datuk Abdul Rahim Abu Bakar memaklumkan, kajian sedang dijalankan untuk projek tanaman padi di kawasan 40,000 ekar di Endau-Rompin.
  • 16 Mei 1980 – Adik Kholilah Zahiri atau panggilan manjanya ‘Melor’ telah diterbangkan ke Pusat Jantung Manila untuk menjalani pembedahan jantung.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya