Pesawat Boeing 747 pertama milik MAS - Utusan Malaysia

Pesawat Boeing 747 pertama milik MAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 Mac 1982, Utusan Malaysia melaporkan sebuah pesawat milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang pertama jenis Boeing 747 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dari Seattle, Amerika Syarikat.

Pesawat berkenaan merupakan salah satu daripada dua buah pesawat jenis Boeing 747 yang dibeli daripada Syarikat Penerbangan British Airways dengan harga RM415 juta.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 15 Mac 1980 – ‘First Laundrete‘ merupakan kedai dobi milik bumiputera pertama di Terengganu yang menjalankan perusahaan dobi menggunakan peralatan moden di negeri berkenaan.
  • 15 Mac 1982 Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan tambang bayaran 70 sen bagi jarak setiap 1.6 kilometer kepada teksi-teksi yang menggunakan meter, walaupun sistem metrik telah dikuatkuasakan.
  • 15 Mac 1983 Malaysia sedang berusaha untuk memohon pinjaman RM500 juta daripada Bank Pembangunan Islam (IDB) untuk membiayai projek-projek pembangunan pada masa hadapan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya