Bahasa Melayu jadi bahasa rasmi ASEAN - Utusan Malaysia

Bahasa Melayu jadi bahasa rasmi ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 29 Mac 1977, Utusan Malaysia melaporkan seorang penulis terkenal di Filipina, E.P. Paianne mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN.

Dalam sebuah rencananya yang disiarkan dalam akhbar Daily Express, beliau menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa paling sesuai untuk perantaraan rasmi lima buah negara anggota ASEAN bagi menggantikan Bahasa Inggeris yang digunakan ketika ini.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 29 Mac 1978Pelajar bidang sains dan kejuruteraan Universiti Nihon, Jepun berjaya menerbangkan sebuah pesawat yang menggunakan tenaga manusia di pinggir bandar Tokyo.
  • 29 Mac 1979Projek tanaman pokok pine jenis ‘Pinus Caribaea’ untuk dijadikan kertas telah diperluaskan sehingga 333,000 ekar di Negeri Pahang.
  • 29 Mac 1980 – Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan mengenai kehilangan wang tunai berjumlah RM1.8 juta di cawangan Bank Negara Malaysia, Pulau Pinang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya