Kerajaan tubuh Unit Penyertaan Bumiputera - Utusan Malaysia

Kerajaan tubuh Unit Penyertaan Bumiputera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 19 Februari 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah telah menubuhkan Unit Penyertaan Bumiputera bagi memastikan penglibatan pemborong-pemborong bumiputera secara tulen dalam projek di bawah kementerian itu.

Menterinya, Tan Sri Rais Yatim ketika mengumumkan perkara itu berkata, Unit Penyertaan Bumiputera ini ditubuhkan bagi mengkaji sejauh mana penglibatan golongan pengusaha-pengusaha Melayu dalam projek di bawah agensinya seperti RISDA, Felda, Felcra dan sebagainya adalah benar-benar tulen.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 19 Februari 1980 – Seramai 500 orang penduduk kampung di daerah Majalengka, Indonesia bertindak membakar sebuah kilang kimia kerana marah dengan pencemaran yang dikeluarkan oleh kilang tersebut.
  • 19 Februari 1982 – Sebuah anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Kijang Kuari Sdn. Bhd. maju setapak ke hadapan dengan menceburi bidang pembinaan jalan raya.
  • 19 Februari 1983 – Seramai 90,172 orang yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah telah mendaftarkan diri dengan Kementerian Kebajikan Am dan Pusat Penyelidikan Dadah USM sejak Januari 1970 hingga kini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya