Satu kajian menyeluruh mengenai kebudayaan Melayu - Utusan Malaysia

Satu kajian menyeluruh mengenai kebudayaan Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 22 Januari 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tun Abdul Razak hari ini menegaskan mengenai pentingnya satu kajian yang menyeluruh mengenai kebudayaan Melayu dijalankan. Ia bertujuan menghapuskan faktor-faktor menyeleweng dalam sejarah dan kebudayaan rantau ini yang dibawa oleh penjajah barat.

Menurut Perdana Menteri, banyak kekeliruan yang timbul daripada sesetengah penulis mengenai kebudayaan Melayu yang menyebabkan rakyat rantau ini sendiri tidak memahaminya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 22 Januari 1969Filem Negara Malaysia hanya menghantar sebuah filem terbaik yang berjudul “Kisah Kampung Kita” ke Pesta Filem Asia yang berlangsung di Tashkent, Rusia.
  • 22 Januari 1971Indonesia dan Malaysia telah mencapai persetujuan sempadan kawasan di Selat Melaka dengan menentukan satu garisan tengah membahagikan selat itu sama banyak, menurut Menteri Luar, Tun Adam Malik hari ini.
  • 22 Januari 1973 – Pelawak dan pelakon terkenal, A. R. Tompel cedera parah dan dimasukan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur kerana terlibat dalam satu kemalangan jalan raya malam tadi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya