Kos mengerjakan haji naik RM4,500 - Utusan Malaysia

Kos mengerjakan haji naik RM4,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 9 Januari 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) hari ini mengumumkan kenaikan kadar baru bayaran menunaikan ibadat haji tahun ini yang berjumlah RM4,500 seorang.

Berbanding tahun lalu, kadar yang dikenakan ialah RM4,000 dan pihak LUTH menjelaskan bahawa kenaikan kadar tersebut adalah disebabkan tekanan inflasi yang berlaku ketika ini.

 

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 9 Januari 1977 – Persatuan Koperasi Peladang Kebangsaan (NAFAS) menggesa kerajaan supaya mengadakan skim insurans tanaman,
    ternakan dan sosial bagi menjamin taraf hidup petani.
  • 9 Januari 1979 Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap orang perseorangan yang pergi ke tanah suci untuk menunaikan ibadat haji tanpa melaluinya.
  • 9 Januari 1980 – Sejumlah 160 buah firma antarabangsa telah mengemukakan tender pra-kelayakan untuk pembinaan cadangan jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan pulau dengan Tanah Besar Semenanjung.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya