Polis Selangor tubuh pasukan khas basmi maksiat - Utusan Malaysia

Polis Selangor tubuh pasukan khas basmi maksiat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 7 Disember 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan satu pasukan khas untuk memerangi maksiat, judi dan narkotik telah ditubuhkan oleh polis Selangor. Seorang pegawai berpangkat timbalan penguasa polis akan mengetuai pasukan tersebut yang bakal memulakan gerakannya pada 1 Januari depan.

Ketua Polis Selangor, Tun Haniff Omar ketika mengumumkannya berkata, tugas mencegah maksiat dan judi ketika ini dikendalikan secara bersama-sama oleh Cawangan Pencegah Kongsi Gelap.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 7 Disember 1972 – Sebanyak 1,015 kemalangan jalan raya telah berlaku di Daerah Butterworth dalam masa sebelas bulan tahun ini.
  • 7 Disember 1977Markas K.D. Sri Kelang telah ditauliahkan secara rasmi oleh Ketua Turus Tentera Laut, Laksamana Muda Datuk Mohd. Zain Mohd. Salleh dalam satu upacara penuh tradisi tentera laut.
  • 7 Disember 1979 – Rancangan Tanah FELDA Lurah Bilut diletakkan dalam kategori (A) bidang fizikal berbanding kampung-kampung lain di Daerah Bentong.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya