Kerajaan disaran tubuh Suruhanjaya Diraja Bahasa - Utusan Malaysia

Kerajaan disaran tubuh Suruhanjaya Diraja Bahasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 12 Disember 1979, Utusan Malaysia melaporkan Konvensyen Pendidikan Ke-4 yang berakhir semalam telah mencadangkan kepada kerajaan agar menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja Bahasa untuk melihat serta mengkaji segala aspek mengenai Bahasa Malaysia.

Pengerusi konvensyen tersebut, Tan Sri Prof. Dr. Awang Had Salleh ketika mengumumkannya berkata, penubuhan suruhanjaya itu adalah wajar dalam keadaan Bahasa Malaysia menghadapi krisis ketika ini.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 12 Disember 1977Malaysia akan menjadi pencabar utama kepada mana-mana pasukan terkemuka di Asia dalam sukan bola keranjang di masa akan datang.
  • 12 Disember 1979 – Kerajaan bercadang menggubal rang undang-undang yang membolehkan harta benda pengedar-pengedar dadah dirampas sebagai tambahan hukuman mati atau penjara seumur hidup.
  • 12 Disember 1980 – Kerajaan Negeri Sabah sedang mengkaji untuk menambah pelaburannya di Australia antaranya dalam bidang penternakan, perlombongan dan tanaman tebu gula.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya