FELDA tubuh Tabung Pembangunan Peneroka - Utusan Malaysia

FELDA tubuh Tabung Pembangunan Peneroka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 21 Disember 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan menubuhkan Tabung Pembangunan Peneroka untuk bertindak sebagai sebuah badan kebajikan bagi kepentingan lebih 30,000 keluarga peneroka di seluruh negara.

Ketika mengumumkannya, Pengerusi FELDA, Tun Musa Hitam berkata, tabung tersebut bertujuan untuk membela nasib dan masa depan peneroka dalam segala aspek keperluan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 21 Disember 1976 – Penyerang utama pasukan bola sepak negara, Datuk Mokhtar Dahari yang menjalani pembedahan (meniscus) mungkin akan dihantar ke luar negara untuk jalani rawatan.
  • 21 Disember 1977 – Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) telah menolak cadangan Israel mengenai pemerintahan sendiri oleh Arab Palestin di Tebing Barat Sungai Jordan yang diduduki Israel.
  • 21 Disember 1980 – Kakitangan kerajaan yang berkhidmat dengan cemerlang akan diberikan hadiah penghargaan apabila sistem menilai pekerjaan dilancarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam awal tahun hadapan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya