'Sula Lencogaster' diserahkan kepada Zoo Negara - Utusan Malaysia

‘Sula Lencogaster’ diserahkan kepada Zoo Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 23 November 1973, Utusan Malaysia melaporkan seekor burung yang dikenali dengan nama saintifiknya ‘Brown Booby‘ atau ‘Sula Lencogaster‘ telah ditangkap oleh kru K.D. Hang Tuah ketika dalam pelayaran pulang dari India dan Sri Lanka.

Pegawai Pemerintah K.D. Hang Tuah, Komander Abdul Wahab Nawi setibanya di Malaysia telah menyerahkan burung tersebut kepada Pegawai Turus Kementerian Pertahanan, Leftenan Mohd. Hod Bajuri untuk diserahkan kepada Zoo Negara.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 23 November 1972Polis Selangor hari ini memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang melindungi banduan-banduan yang terlepas dari penjara, boleh di penjara sehingga tiga tahun.
  • 23 November 1974Suruhanjaya Tinggi British dan British Council telah menderma buku-buku khas berharga lebih RM1,000 untuk dihadiahkan kepada juara khutubkhanah sekolah terbaik untuk setiap negeri di Malaysia.
  • 23 November 1979Beregu muda Malaysia, Jalani Haji Sidek dan Soon Goon Chup mencatat keputusan mengejut dengan melayakkan diri ke perlawanan akhir beregu lelaki di kejohanan badminton antarabangsa, Hyderabad, India.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya