Skim insurans bercorak Islam bakal diperkenalkan - Utusan Malaysia

Skim insurans bercorak Islam bakal diperkenalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 1 November 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kerajaan telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk mengkaji insurans bagi diselaraskan dengan Islam dan mewujudkan satu bentuk insurans bercorak Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di Ijtimak Ulamak Se-Malaysia memaklumkan, para ulamak juga diajak berunding dan memberi pandangan mengenai satu rancangan yang bakal dilaksanakan kerajaan bagi menerapkan nilai-nilai Islam dalam pemerintahan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 1 November 1974 – Juara tinju heavyweight dunia, Muhammad Ali berkata, “karier saya di bidang tinju professional telah pun selesai dan saya ingin menceburkan diri di lapangan baru berjuang untuk kebebasan 40 juta orang kulit hitam di Amerika”.
  • 1 November 1977 – Enam buah lagu-lagu popular Malaysia yang dipersembahkan oleh kumpulan muzik New England Ensemble dari Australia mempersonakan para penonton yang menyaksikan pertunjukkan di Melaka.
  • 1 November 1979 – Orang ramai diingatkan supaya mencegah anak-anak mereka dari menjengukkan kepala atau meletakkan tangan keluar tingkap kenderaan semasa dalam perjalanan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya