Lapangan Terbang Senai akan dimodenkan - Utusan Malaysia

Lapangan Terbang Senai akan dimodenkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 6 Oktober 1979, Utusan Malaysia melaporkan kerja-kerja memperbesar dan memodenkan Lapangan Terbang Senai untuk dijadikan sebuah lapangan terbang penting bagi kawasan selatan dijangka siap dalam pertengahan tahun 1981.

Menteri Pengangkutan, Tan Sri V. Manickavasagam ketika mengumumkannya berkata, landasan kapal terbang itu akan dipanjangkan dari 8,000 kaki ketika ini kepada 11,000 kaki dan ini memudahkan pesawat-pesawat bersaiz besar untuk mendarat.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 6 Oktober 1982 – Seramai 56 orang jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci dalam musim haji tahun ini, menurut Pengarah LUTH, Hanafiah Ahmad.
  • 6 Oktober 1983Presiden Filipina melaksanakan satu perintah baru bermula hari ini iaitu hukuman mati ke atas orang-orang yang menentang kerajaan.
  • 6 Oktober 1984Kerajaan akan memperkenalkan satu unit perkhidmatan dakwah khas untuk membimbing orang-orang cacat penglihatan yang terbiar di seluruh negara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya