Kuasa politik Melayu mesti dikekalkan - Mahathir - Utusan Malaysia

Kuasa politik Melayu mesti dikekalkan – Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 16 Jun 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan peringatan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kuasa politik yang ada di tangan orang-orang Melayu sekarang hendaklah dikekalkan bagi memelihara maruah dan menjamin kejayaan cita-cita kerajaan memperbaiki taraf hidup masyarakat Melayu.

“Sekiranya orang-orang Melayu yang telahpun kehilangan kuasa ekonomi juga rela menghilangkan kuasa politiknya, maka sudah tentu mereka akan menghadapi kehancuran dalam negara mereka sendiri”, katanya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 16 Jun 1976 – Seramai 520 dari 740 orang penduduk Temengor yang terlibat dalam pembinaan empangan ‘raksasa’ di kawasan tersebut akan dipindahkan dengan helikopter TUDM ke Air Ganda, Grik hujung bulan ini.
  • 16 Jun 1977Udang segar dari Malaysia yang dieksport menerusi Labuan dan Sabah telah diterima sebagai barang bermutu di pasaran Amerika Syarikat.
  • 16 Jun 1979Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) akan menggunakan helikopter untuk menyembur racun serangga di beberapa kawasan sawah padi di Perlis Selatan yang teruk diserang serangga bena perang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya