Skim gaji baru kakitangan kerajaan - Utusan Malaysia

Skim gaji baru kakitangan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 12 Mei 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kerajaan akan melaksanakan pembayaran skim gaji yang disesuaikan kepada semua kakitangannya sebelum Hari Raya Puasa dalam bulan Ogos ini, kata Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah.

Lebih kurang 750,000 orang kakitangan kerajaan akan menikmati kenaikan gaji dalam penyesuaian (adjustment) gaji itu. Tangga gaji kakitangan kerajaan yang ada ketika ini mula dikuatkuasakan sejak 1976.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 12 Mei 1982Malaysia telah menandatangani kontrak bagi mendapatkan bekalan sebanyak 350,000 tan beras dari Thailand hingga akhir tahun ini.
  • 12 Mei 1983 – Universiti Malaya hari ini menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan kepada Puteri Chakri Sirindhorn dari Thailand di satu majlis konvokesyen khas yang diadakan pada hari ini.
  • 12 Mei 1984Pokok belian yang banyak terdapat di bahagian Pertama, Kedua, Keempat dan Ketujuh telah diisytiharkan sebagai pokok rasmi Negeri Sarawak.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya