Palsukan tandatangan PM untuk dapatkan pinjaman luar negara - Utusan Malaysia

Palsukan tandatangan PM untuk dapatkan pinjaman luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 7 April 1976, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Setiausaha Khas Menteri Kewangan memberitahu Mahkamah Tengah Khas hari ini bahawa, Tun Hussein Onn semasa menjadi Menteri Kewangan tidak pernah menandatangani dan mengeluarkan satu surat sokongan berhubung satu pinjaman luar negara sebanyak 7 juta Dollar Amerika (kira-kira RM17 juta).

Ishak Atan berkata, “Saya telah meneliti surat tersebut dan penuh yakin ianya palsu kerana saya tidak pernah nampak Menteri Kewangan menandatanganinya“.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 7 April 1973 – Menteri Besar Perlis, Datuk Jaafar Hassan merasmikan pertukaran nama Kampung Padang Licin, Kurung Bintong kepada nama Kampung Syed Omar.
  • 7 April 1974 – Perenang negara, Chiang Jin Choon dan ahli lompat tinggi wanita, Gladys Chai Ng Mei telah diumumkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 1973.
  • 7 April 1975 Presiden Taiwan, Chiang Kai Shek meninggal dunia malam tadi akibat sakit jantung dan jangkitan paru-paru.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya