Mokhtar Hashim diringankan hukuman - Utusan Malaysia

Mokhtar Hashim diringankan hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 13 April 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan bekas Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim yang diringankan hukumannya dari mati ke penjara seumur hidup pada 2 Mac lalu telah dipindahkan dari bilik mati ke sebuah bilik tahanan khas.

Serentak dengan hukuman itu, beliau juga telah diberikan tugas sebagai pendaftar di klinik dalam Penjara Pudu memandangkan pengalaman beliau adalah sesuai dengan tugas tersebut.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 13 April 1979Pemimpin Uganda dalam buangan, Yusufu Lule malam tadi telah mengumumkan pembentukan sebuah kerajaan baru sementara Uganda yang akan dipimpinnya sendiri selama dua tahun.
  • 13 April 1982 – Seluruh keluarga bekas ahli politik Ibrahim Abdul Rahman mengerah tenaga berkempen untuk kejayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon BN yang mencabar Zabidi Ali di kubu PAS di Permatang Pauh.
  • 13 April 1983 – Filem ‘Gandhi‘ telah memenangi Anugerah Oscar sebagai Filem Terbaik 1982, manakala pelakon utamanya, Ben Kingsley dipilih sebagai Pelakon Lelaki Terbaik.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya