LUTH bina kompleks haji di Mekah - Utusan Malaysia

LUTH bina kompleks haji di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 30 April 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sebuah kompleks haji yang dijangka menelan belanja berjuta-juta ringgit akan dibina di Mekah tidak lama lagi untuk kemudahan jemaah haji Malaysia semasa berada di tanah suci.

Lembaga Urusan dan Tabung Haji sedang berusaha untuk mendapatkan sebidang tanah wakaf untuk tujuan tersebut. Kompleks itu nanti akan mengandungi bangunan pejabat dan kediaman bertingkat untuk disewakan kepada jemaah haji.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 30 April 1970 – Sebanyak 51 keping poster-poster yang tertulis dengan perkataan menyokong Parti Komunis Malaya telah dijumpai oleh polis dibeberapa tempat di Pulau Pinang.
  • 30 April 1971Pelukis muda, Mohamad Zain Idris masih belum berpuas hati dengan kejayaannya walaupun lukisannya pernah terjual sebanyak kira-kira 3,000 buah karya.
  • 30 April 1972Tiga buah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia hari ini berlayar meninggalkan tanah air untuk melakukan pelayaran latihan selama dua minggu di Pulau Celebes (Sulawesi).

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya