Kabinet mahu hapus peperiksaan HSC - Utusan Malaysia

Kabinet mahu hapus peperiksaan HSC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 14 April 1976, Utusan Malaysia melaporkan jawatankuasa kabinet mengenai pelajaran sedang mengkaji sama ada hendak mengekal atau menghapuskan peperiksaan HSC di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kajian tersebut dibuat berikutan terdapat beberapa cadangan daripada pakar pelajaran supaya peperiksaan tersebut dihapuskan.

Dr. Mahathir turut memaklumkan, jawatankuasa itu telah mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan berikutan banyak menerima memorandum daripada pelbagai pihak.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 14 April 1975 – Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang mendesak Kerajaan Malaysia mewujudkan sebuah kilang elektronik khusus untuk membuat dan mengeluarkan senjata-senjata moden.
  • 14 April 1977 – Angkatan Bersenjata Malaysia dan Indonesia akan terus bekerjasama dalam usaha menghapuskan saki-baki pengganas komunis di sempadan bersama antara kedua-dua negara, kata Tun Adam Malik.
  • 14 April 1978 – Setiap ahli yang telah menyimpan wang di Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) bukan sahaja boleh menggunakan wang tersebut untuk menunaikan haji, bahkan juga untuk perbelanjaan perkahwinan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya