Rang Undang-Undang Akta Dadah Berbahaya 1983 diluluskan - Utusan Malaysia

Rang Undang-Undang Akta Dadah Berbahaya 1983 diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 25 Mac 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Akta Dadah Berbahaya 1983 (Pindaan) yang antara lain adalah menetapkan hukuman mati bagi pengedar dadah.

Di bawah akta tersebut, jumlah yang boleh menimbulkan anggapan pengedaran di sisi undang-undang bagi heroin, morfin atau campuran heroin dan morfin dikurangkan dari 100 gram kepada 15 gram, manakala bagi candu mentah dikurangkan dari lima kilogram kepada 1,000 gram.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 25 Mac 1980Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mendapat peruntukan RM82,000 untuk menjalankan satu penyelidikan mengenai ubat-ubatan tradisional selama empat tahun.
  • 25 Mac 1982Presiden Bangladesh, Abdus Sattar telah digulingkan dalam satu rampasan kuasa yang diketuai oleh ketua turus tentera, Leftenan Jeneral H.M. Ershad.
  • 25 Mac 1983 – ‘Malaysia Cergas‘ merupakan tema Minggu Sukan Kebangsaan untuk tahun 1983, demikian kata Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Wan Mansor hari ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya