Pelajar Sekolah Maxwell tunjuk perasaan - Utusan Malaysia

Pelajar Sekolah Maxwell tunjuk perasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 7 Mac 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pasukan polis telah dikejarkan ke Sekolah Menengah Lelaki Maxwell Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur bagi menyuraikan satu tunjuk perasaan yang dilakukan oleh seramai 1,500 orang pelajar sekolah berkenaan.

Para pelajar yang terdiri dari penuntut tingkatan tiga hingga lima melancarkan tunjuk perasaan sebaik sesi pembelajaran bermula jam 7.30 pagi bagi menuntut supaya guru besar sekolah itu dikekalkan dalam jawatannya.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 7 Mac 1979 – Pusat Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) akan membuka seluas 4,780 ekar tanah untuk dijadikan sebagai stesen penyelidikan terbaru di Pahang Tenggara.
  • 7 Mac 1980 – Sekolah Kebangsaan Sarang Buaya (SKSB) tetap akan ditutup buat selama-lamanya menjelang penggal kedua persekolahan tahun ini kerana bangunan sekolah yang ada ketika ini telah diisytiharkan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
  • 7 Mac 1986 – Pasukan RISDA muncul sebagai juara setelah menumpaskan MARA 1-0 dalam pertandingan bola sepak antara badan berkanun di Kompleks Sukan Maybank, Bangi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya