'Jawi' bakal jadi pusat ekonomi Pulau Pinang - Utusan Malaysia

‘Jawi’ bakal jadi pusat ekonomi Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 5 Mac 1982, Utusan Malaysia melaporkan kawasan Jawi yang terletak dalam Daerah Seberang Perai Selatan akan muncul bukan sahaja sebagai pusat pentadbiran kerajaan dan bandar, malah akan muncul sebagai satu pusat ekonomi bagi daerah tersebut.

Ketua Menteri, Dr. Lim Chong Eu berkata, munculnya kawasan Jawi sebagai pusat bandar dan pusat pentadbiran kerajaan merupakan salah satu daripada beberapa strategi Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membuka bandar-bandar baharu.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 5 Mac 1980Persatuan Pengguna Pahang (PAC) menggesa kerajaan menghentikan amalan membayar gaji lebih awal pada musim- musim perayaan, sebaliknya perlu menetapkan pembayaran gaji pada setiap akhir bulan.
  • 5 Mac 1982 – Kerajaan sedang mengkaji untuk menaikkan kadar elaun tahunan bagi ‘Tok Batin’ (ketua suku Orang Asli) di seluruh negara.
  • 5 Mac 1983 – Penyerang lincah pasukan bola sepak ‘Singa Utara’, Saidin Osman berjaya menjaringkan 11 daripada 16 gol pasukan Perlis sehingga membantu pasukannya layak ke suku akhir pertandingan Piala Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya