fbpx

Tabung Bersama ASEAN ditubuhkan

Pada 24 Januari 1973, Utusan Malaysia melaporkan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) menubuhkan sebuah tabung kewangan, iaitu Tabung Bersama ASEAN untuk menggemblengkan sumber-sumber kewangan negara anggota bagi membiayai pelbagai projek pembangunan bersama.

Di bawah tabung tersebut, tiap-tiap buah negara anggota, Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand dan Indonesia dikehendaki menyumbangkan wang kira-kira RM3 juta sebagai asas penubuhannya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 24 Januari 1969 – Malaysia telah menjadi anggota Pusat Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), yang menjadikan keanggotaan pertubuhan tersebut kepada 101 anggota.
  • 24 Januari 1972 – Perdana Menteri, Tun Abdul Razak merasmikan pembukaan kompleks Syarikat United Motor Works (M) Berhad yang berharga RM7 juta di Shah Alam.
  • 24 Januari 1975Lembaga Pertubuhan Peladang telah bersetuju membuka kawasan tanah seluas 2,000 ekar di Sungai Chuchoh, yang terletak 22 batu dari Kangar untuk projek penanaman tebu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN