Kadar bayaran hospital dinaikkan dari 50 sen ke RM1 - Utusan Malaysia

Kadar bayaran hospital dinaikkan dari 50 sen ke RM1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 1 Disember 1982, Utusan Malaysia melaporkan kadar bayaran untuk pesakit luar di semua hospital kerajaan di Semenanjung Malaysia akan dinaikkan dari 50 sen kepada seringgit mulai esok.

Mulai esok juga bayaran rawatan, bayaran wad, khasnya wad pertama dan kedua, bayaran pembedahan, suntikan dan pergigian akan dinaikkan.

Kadar bayaran itu hanya dikenakan kepada orang awam manakala kakitangan kerajaan dan pesara akan terus menerima rawatan berdasarkan kepada Perintah Am.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 1 Disember 1972 – Ibu sawat telefon automatik berharga RM3 juta yang terletak di Sibu, Sarawak telah dirasmikan pembukaannya oleh Menteri Perhubungan, Tun Sardon Jubir.
  • 1 Disember 1977 – Persatuan Wau Negeri Kedah diberi penghormatan mengadakan pertunjukan kebudayaan di Sumatera Utara dan mendapat sambutan daripada penduduk di sana baru-baru ini.
  • 1 Disember 1979 – Sabah Film akan memulakan penggambaran filem terbarunya “Tragedi Semerah Padi” yang akan diarahkan oleh pengarah berpengalaman, M. Amin awal Januari depan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.