fbpx

Cukai jualan beri hasil besar kepada negara

Pada 8 Disember 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan cukai jualan yang baru dikuatkuasakan awal tahun ini telah berjaya memberi sumbangan besar kepada hasil negara bagi tahun 1972 yang dianggarkan berjumlah RM2,793 juta.

Laporan ekonomi 1972-1973 menunjukkan hasil dari cukai jualan dalam 10 bulan pertama sejak mula dikuatkuasakan pada 29 Februari lalu, dijangka berjumlah RM108.5 juta, berlebihan sebanyak RM14.5 juta dari yang diramalkan pada mulanya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 8 Disember 1972 – Satu konsep baru mengenai latihan vokasional untuk belia-belia telah dirangka dan pusat latihan pertamanya akan dibina di Pahang dalam tahun 1974.
  • 8 Disember 1977 – Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan Kementerian Pelajaran akan mengambil alih semua tugas-tugas peperiksaan yang dilakukan oleh pihak Cambridge bermula tahun 1980.
  • 8 Disember 1982Sultan Johor, Sultan Mahmood Iskandar telah merasmikan pembukaan Stesen Janaelektrik Sultan Iskandar di Pasir Gudang yang merupakan terbesar ketika ini dan berharga RM372 juta.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN