Pada 3 November 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Institut Teknologi MARA mungkin akan mewajibkan pengajian agama dan latihan ketenteraan tahun hadapan sebagai langkah tegas untuk mencegah anasir-anasir kebudayaan yang tidak diingini dari mempengaruhi pelajar- pelajar institusi itu.
Pengarahnya, Tun Arshad Ayub sewaktu mengumumkannya berkata, satu kertas kerja mengenai perkara itu akan dikemukakan kepada Majlis Pentadbir tidak lama lagi.
Antara peristiwa lain yang menarik
Memuatkan artikel berkaitan…
- 3 November 1973 – Akhbar-akhbar Jakarta hari ini menyeru Indonesia, Malaysia dan Singapura bertindak bersama ke atas perbuatan kapal perang Amerika Syarikat yang berlayar melalui Selat Melaka yang dianggap mencabuli kedaulatan perairan negara-negara ini.
- 3 November 1974 – Perkenalan yang tidak dijangka antara pelakon Mahmud Jun dan Cik Marhan Abdul Ghani di satu pestaria di Kuala Selangor telah membawa mereka ke jenjang pelamin
- 3 November 1977 – Perkhidmatan penerbangan kapal terbang Concorde antara Singapura dan London akan bermula pada 9 Disember depan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]











