Pembentukan kerajaan campuran Perikatan-PAS - Utusan Malaysia

Pembentukan kerajaan campuran Perikatan-PAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 November 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Kabinet Malaysia akan disusun semula dengan pembentukan kerajaan campuran
Perikatan-PAS tidak lama lagi, kata Perdana Menteri, Tun Abdul Razak hari ini.

Ditanya sama ada benar Kabinet Malaysia akan disusun semula dengan pembentukan kerajaan campuran nanti, Tun Razak berkata: “Memang benar, kerana sudah tentu PAS juga ingin menyertai dan mengambil bahagian di dalam pentadbiran negara”.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 15 November 1971 – Sebuah syarikat kerjasama yang keahliannya dibuka khusus untuk peniaga-peniaga kecil Melayu akan ditubuhkan sebagai satu langkah untuk menolong mereka mengumpulkan modal berniaga.
  • 15 November 1977 – Bekas pelari jarak pertengahan negara, Junaidah Aman dan pemain bola sepak, Wong Choon Wah telah diberi penghormatan sebagai pelari terakhir membawa obor Sukan SEA Ke-9 di Kuala Lumpur.
  • 15 November 1983 – Pelawak Ibrahim Pendek telah menemui semula isterinya yang hilang, Asiah Othman, 28, di pendalaman Pahang dan berikrar tidak akan mengulangi perselisihan faham di antara mereka sehingga menyebabkan isterinya merajuk.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.