Penggunaan Sistem Poskod bermula di Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

Penggunaan Sistem Poskod bermula di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 26 Oktober 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Sistem Poskod akan digunakan di seluruh wilayah pos Kuala Lumpur mulai hari ini, kata Menteri Perhubungan, Tan Sri Sardon Jubir.

Ketika mengumumkannya, beliau berkata, “Sistem Poskod ini adalah satu sistem paling moden digunakan oleh negara-negara maju dan Malaysia merupakan negara pertama di rantau ini menggunakan sistem ini”.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 26 Oktober 1971USMEDA, kilang pencelup tayar MARA yang berharga lebih RM3 juta di Kampung Datuk Keramat Tambahan akan memulakan perusahaan mencelup tayarnya mulai bulan depan.
  • 26 Oktober 1974Pahlawan kanak-kanak, Mohd. Asri Salleh, 12, yang akan menerima pingat Hang Tuah dari Yang di-Pertuan Agong esok, berazam akan terus memberikan bakti kepada masyarakat dan negara apabila dewasa kelak.
  • 26 Oktober 1983Lesen memandu yang baru berukuran kad kredit akan dikeluarkan mulai awal tahun depan, kata Menteri Pengangkutan Tan Sri Chong Hon Nyan hari ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya