Malaysia disaran jadi pusat Islam di Asia dan Pasifik - Utusan Malaysia

Malaysia disaran jadi pusat Islam di Asia dan Pasifik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 20 Oktober 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Timbalan Menteri Perhubungan, Datuk Wan Kadir Ismail mengesyorkan supaya Malaysia bergiat aktif untuk menjadi pusat perkembangan, pembangunan dan pengajaran Islam di rantau Asia Tenggara dan Pasifik.

Kaum intelek di negara ini boleh memberikan sumbangan besar untuk mencapai matlamat tersebut. Keupayaan Malaysia sebagai pusat seperti itu akan menjadikan negara ini kelak tumpuan seluruh negara di sebelah sini.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 20 Oktober 1974 – Kerajaan Thailand hari ini menderma 25 guni beras berharga RM2,000 kepada 12 keluarga mangsa kebakaran di Rantau Panjang, Kelantan.
  • 20 Oktober 1982 – Universiti Pertanian Malaysia (UPM) kini boleh menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus bagi mana-mana profesornya bagi mengiktiraf kesarjanaan cemerlang dan perkhidmatan gemilang kepada universiti.
  • 20 Oktober 1983 – Kerana kekurangan wang yang dihadapi oleh pihak majlis daerah untuk menjelaskan bayaran bekalan elektrik, akibatnya penduduk bandar Mersing dan kawasan sekitarnya bergelap setiap malam.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya