Alat permainan video diharamkan - Utusan Malaysia

Alat permainan video diharamkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 5 Oktober 1982, Utusan Malaysia melaporkan kerajaan telah mengarahkan pengharaman serta merta alat permainan video dan memberikan tempoh setahun kepada pusat-pusat hiburan untuk memberhentikan penggunaannya.

Menurut Pemangku Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, pelbagai kementerian telah menjalankan kajian mengenai kesan alat-alat permainan video itu sebelum kerajaan mengambil keputusan berkenaan dan perintah pengharaman itu telahpun dikeluarkan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 5 Oktober 1971 – Anak Melayu pertama yang dilantik menjadi pensyarah kanan di Jabatan Ortopedik Universiti Malaya, Dr. Mahmood Osman Merican hari ini menyatakan azamnya untuk menyumbang tenaga dalam bidang ortopedik untuk pembangunan negara.
  • 5 Oktober 1973 – Sebuah kereta jenis Mercedes 450 berharga RM80,000 merupakan yang pertama dibawa masuk ke Malaysia melalui kapal kontena dari Jerman telah tiba hari ini.
  • 5 Oktober 1974 – Kunaiaki Shibata dari Jepun berjaya mengekalkan kejuaraan tinju junior lightweight Majlis Tinju Dunia setelah mengalahkan Pamiro Bolanos dari Equador dengan pukulan TKO dalam 15 pusingan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.