fbpx

Peguam, doktor antara yang terlibat kegiatan subversif

Pada 23 September 1973, Utusan Malaysia melaporkan seramai 28 orang ditangkap di Sibu kerana bekerjasama dengan pengganas Parti Komunis Kalimantan Utara.

Mereka yang terlibat termasuklah peguam, doktor, arkitek, ahli perniagaan dan tokoh terkemuka yang lain.

Ketua Menteri, Datuk Abdul Rahman Yaakub berkata, tangkapan antara 19 hingga 21 September lalu dilakukan di bawah peraturan pemeliharaan keselamatan awam.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 23 September 1971 – Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tun Ghafar Baba berkata, Mara mungkin menimbangkan semula syarat-syarat pinjaman untuk golongan bumiputera membeli teksi.
  • 23 September 1972 – Sebuah syarikat minyak Jepun, Fuji Oil Company mengumumkan satu rancangan menubuhkan sebuah syarikat modal bersama dengan pengusaha Malaysia bagi mengeluarkan minyak kelapa sawit untuk pasaran Eropah dan Jepun.
  • 23 September 1985 – Sultan Selangor menggesa supaya hubungan yang rapat antara golongan penulis dengan institusi beraja diwujudkan semula bagi memperkayakan hasil kesusasteraan negara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN