Bola sepak: Malaysia nombor tiga di Asia - Utusan Malaysia

Bola sepak: Malaysia nombor tiga di Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 17 September 1974, Utusan Malaysia melaporkan Malaysia kini merupakan negara ketiga terbaik dalam sukan bola sepak di benua Asia setelah berjaya menewaskan Korea Utara 2-1 untuk memenangi pingat gangsa di kejohanan bola sepak Sukan Asia, di Tehran.

Setiap pemain Malaysia telah menunjukkan kebolehan dan kekuatan yang baik dalam permainan dan layak memenangi perlawanan dan kejayaan Malaysia juga adalah hasil kehebatan penyerang, Isa Bakar yang menyumbat kedua-dua gol dalam perlawanan tersebut.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 17 September 1975Papua New Guinea telah diisytiharkan merdeka tengah malam tadi setelah sekian lama berada di bawah pentadbiran Australia selama 70 tahun.
  • 17 September 1979 – 12 orang terbunuh apabila sebuah kapal terbang DC-7 melanggar sebuah gunung setinggi 6,500 kaki di selatan Oregon, Amerika Syarikat.
  • 17 September 1982 – Arab Saudi, Perancis, Malaysia dan Indonesia akan turut serta dalam satu projek satelit Arab yang menelan kos 200 juta Dollar (RM468 juta) kata Menteri Pos, Telegraf dan Telekom Arab Saudi, Alawi Darwish Kayyal.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya