Beras: Hukum mereka yang menipu rakyat - Utusan Malaysia

Beras: Hukum mereka yang menipu rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 30 September 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kerajaan sekali lagi memberi amaran untuk menghukum mereka yang didapati menipu rakyat dengan menjual beras tempatan sebagai beras dari luar negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn ketika memberi amaran itu menegaskan, penyiasatan rapi sedang dijalankan untuk mengesan dan membanteras kegiatan curang menipu rakyat itu.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 30 September 1972 – Pelancong-pelancong dari Austria dan Switzerland menjadikan Pulau Pinang sebagai pilihan utama dalam peta pelancongan mereka.
  • 30 September 1982 – Perancis sedang mengkaji untuk mendapatkan bekalan minyak kelapa sawit secara langsung dari Malaysia bagi menampung keperluan di negara tersebut.
  • 30 September 1983 – Malaysia yakin usahanya untuk menjadikan benua Antartika milik bersama antarabangsa akan berjaya memandangkan perkara tersebut diterima masuk ke dalam agenda Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu tanpa melalui proses pengundian.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.