Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah - Utusan Malaysia

Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 September 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kerajaan tidak akan berganjak dengan keputusan menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar sepenuhnya di semua sekolah bermula tahun 1982, tegas Pemangku Perdana Menteri, Tun Hussein Onn.

Beliau menegaskan, “rakyat Malaysia dari semua keturunan patutlah menerima hakikat ini sebagai satu realiti hidup dan menyesuaikan diri dengan keperluan negara“.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 8 September 1971 – Malaysia dan Republik Rakyat Mongolia telah bersetuju mengadakan hubungan di antara kedua-dua buah negara untuk mempereratkan lagi perhubungan sejajar dengan prinsip hidup bersama dengan aman damai.
  • 8 September 1972 – Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) akan membawa seramai 80 orang anak yatim dan kanak-kanak cacat penglihatan dalam satu penerbangan khas di ruang udara Kuala Lumpur menggunakan pesawat Boeing 737-200.
  • 8 September 1979 – Kerajaan Negeri Sabah telah membentuk Jawatankuasa Tertinggi Pergerakan Dakwah Negeri untuk memperkemas aktiviti Majlis Agama Islam Negeri (MUIS), kata Ketua Menteri Datuk Harris Salleh.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya