Undang-undang baru untuk kawal harga barang - Utusan Malaysia

Undang-undang baru untuk kawal harga barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 6 Ogos 1971, Utusan Malaysia melaporkan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Mohd. Khir Johari mengumumkan satu undang-undang baru mengenai harga barang di negara ini yang akan dikuatkuasakan pada tahun hadapan.

Kementerian ketika ini sedang mengkaji pelaksanaan undang-undang tersebut dan apabila dikuatkuasakan kelak, segala kesulitan yang dihadapi oleh pengguna dan rakyat mengenai harga barang akan dihapuskan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 6 Ogos 1972 – Pusat Perdagangan Antarabangsa UNCTAD/GATT di Geneva telah menawarkan perkhidmatan seorang pakar untuk menjalankan
    kajian mengenai strategi pemasaran dan galakan getah asli di Malaysia.
  • 6 Ogos 1977 – Syarikat Rangkaian Setia Berhad, di Seberang Prai telah mengambil alih perkhidmatan 15 buah bas Mara di Bukit Mertajam sejak 31 Julai lalu.
  • 6 Ogos 1979 – Pulau Bidong yang terkenal sebagai tempat memproses pendatang haram Vietnam di Terengganu merupakan satu-satunya tempat yang mempunyai kos hidup paling tinggi di Semenanjung Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya