Perlis diisytihar negeri taun - Utusan Malaysia

Perlis diisytihar negeri taun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 Ogos 1974, Utusan Malaysia melaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis mengisytiharkan negeri itu sebagai kawasan taun berikutan beberapa kejadian penyakit tersebut.

Pegawai Kesihatan Negeri, Dr. S. Thamothoram menasihatkan orang ramai supaya berjaga-jaga dan jangan mengadakan sebarang majlis kenduri buat sementara waktu sehingga penyakit tersebut dapat dibasmikan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 15 Ogos 1972 – Pegawai Waran, Mohamad Ismail, 42, mendapat pujian peribadi daripada Perdana Menteri Tun Abdul Razak, apabila menjadi anggota tentera pertama membeli saham berjumlah RM1,000 Tabung Pelaburan Perwira sebaik sahaja dilancarkan hari ini.
  • 15 Ogos 1974 – Pengarah drama terkemuka dari Indonesia, Leon Agusta akan memperkenalkan dramanya berjudul “Pemburu Perkasa” di enam daerah di Terengganu mulai September ini.
  • 15 Ogos 1982 – Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Kassim Ahmad menegaskan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak akan dilonggarkan demi memastikan setiap rakyat berada dalam keadaan aman dan bebas daripada gangguan anasir yang tidak baik.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya