Malaysia bawa masuk doktor dari Pakistan - Utusan Malaysia

Malaysia bawa masuk doktor dari Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 14 Ogos 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Malaysia telah mengambil 54 orang doktor dan doktor gigi dari Pakistan, iaitu kumpulan terbesar dari negara asing untuk mengatasi masalah kekurangan doktor di negara ini.

Duta Besar Pakistan ke Malaysia, En. S. Irtiza Hussein berkata, negaranya bangga dapat memberikan bantuan dan akan menimbangkan lebih banyak lagi permohonan-permohonan dalam lapangan iktisas.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 14 Ogos 1971 – Syria telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Jordan malam tadi berikutan berlakunya pertempuran hebat antara kedua-dua negara di sempadan, di mana empat buah kereta kebal telah musnah.
  • 14 Ogos 1972 – Majlis bandaran akan membina benteng-benteng untuk menyelamatkan bandar ‘Telok Anson‘ dari arus Sungai Perak dan Sungai Bidor.
  • 14 Ogos 1979 – Orkestra Simfoni NHK dari Jepun yang cukup terkenal di seluruh dunia akan menunjukkan corak permainan 116 orang pemain muziknya di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya pada 31 Ogos ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya